P Ramlee:Di Mana Kan Ku Cari Ganti


Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah kepada mentor Cempaka Schools,Datin Freida Pilus kerana diamanahkan Kementeria Pelajaran Malaysia sebagai salah seorang anggota Panel Penasihat Pendidikan.

Selain terkenal dengan slogan Mind,Body and Soul,Sekolah Sri Cempaka begitu sinonim dengan aktiviti seni persembahan(performing arts) yang merupakan aktiviti wajib para pelajarnya.Oktober lalu,pihak Astro mengadakan Bulan Memperingati P Ramlee,tokoh seni dan budaya unggul yang pernah dimiliki Nusantara.

Perjuangannya Yang Belum Selesai
Perjalanan seninya bermula sebagai penyanyi sebelum kepelbagaian bakat seninya diasuh dan disuburkan di Shaw Brothers Studio,Singapura.Kepakaran  dan minat beliau dalam bidang pengarahan filem begitu dihargai oleh adik beradik Shaw,hingga menimbulkan hasad dan cemburu pengarah-pengarah lain


Sayangnya bakat besar beliau disia-siakan sekembalinya beliau ke tanah air dan bekerja di Studio Merdeka Kuala Lumpur hinggalah ke hembusan nafas terakhirnya.Cita-citanya untuk menghasilkan filem berwarna arahannya sendiri berkubur bersama ratusan karya ciptaannya yang menjadi hak milik orang.

Pada zaman 50-an membawa ke dekad 70-an,kerjaya sebagai anak seni begitu dipandang serong oleh masyarakat(mungkin hingga mengilhamkan filem Ibu Mertuaku).Persepsi begitu berubah 180 darjah jika ditinjau dari sudut pandangan kini di mana hiburan begitu digilai masyarakat berserta peluang dan kemewahan bagi yang bergelar artis(rancangan agama seperti Imam Muda pun terpaksa meminjam konsep realiti TV).

P Ramlee berusaha mempopularkan muzik dan filem yang bercitra Melayu,begitu terkesan menerusi filem Semerah Padi yang sedikit sebanyak mengetengahkan isu pelaksanaan hukum hudud.Beliau umpama ahli sosiologi melampaui zaman,hingga beberapa adegan filemnya dihubung kait dengan suasana politik semasa. Selain itu,beliau amat berharap seni muzik tradisional disemai kepada anak bangsa agar ianya tidak hilang ditelan zaman,seperti yang telah ketara pada zaman globalisasi dan kerancuan budaya kini.

Dakwah Melalui Seni vs. Seni Dakwah
Islam tidak pernah mengongkong umatnya daripada terlibat dalam bidang kesenian,bahkan agama sendiri mengajarkan bahawa Allah itu Maha Indah dan suka kepada keindahan.Mutakhir ini genre hiburan spiritual atau bercorak kerohanian juga mendapat tempat di hati orang ramai seperti zaman keemasan industri nasyid yang pernah dikecapi dan dipelopori oleh kumpulan Raihan dan Rabbani,kini diteruskan oleh penyanyi aliran kontemporari seperti Ungu,Wali Band,Opick,Yusuf Islam,Sami Yusuf dan Maher Zain.
Harapan Allahyarham P Ramlee perlu disahut oleh golongan pendakwah bagi mendekati orang ramai.Kita berada di era media berperanan besar mencorakkan pola pemikiran masyarakat,dan kita seharusnya tidak ketinggalan apatah lagi dalam bidang kesenian.Sebaris lirik lagu mungkin kurang berilmiah tetapi mampu menggetarkan jiwa jutaan pendengarnya.Sebuah drama atau filem mungkin tidak setanding dengan kuliah agama dan akademik namun berupaya menggugah emosi dan intelek penontonnya umpama filem Ketika Cinta Bertasbih adaptasi novel Kang Abik.

Dakwah itu perlu menyentuh jiwa,dan seni laksana baja jiwa hamba.
Rujukan:Wahai Remaja(Sidek Baba:2007),Ustaz Zaharuddin

Blog Action Day 2010:Water



'Ruginya kamu tak ambil medic,boleh juga khidmat untuk umat.Ini bidang kimia,apa khidmat kamu boleh buat untuk agama?'duga seorang pakcik tabligh usai taklim ba'da Asar.

'Tak kalah penemuduga JPA gayanya ,'bisik hati sambil tersenyum mengambil jeda menyusun kata.
'Pakcik,AIR yang guna untuk wudu' itu bahan kimia.Di zaman krisis air,pencemaran air beginilah bakal saintis (baca:insya Allah) seperti saya perlu mencari alternatif dan penyelesaian masalah sebegini.'

'Jangan lupa kaji bab makanan halal,kimia juga,'tambah seorang lagi pakcik tabligh seorang bekas guru.

Secangkir Air:Untuk Kita & Saudara Kita
Saban pagi,kita membuka kepala paip yangmengalirkan air bersih,menyucikan dan membersihkan diri. Saban hari,kita punya cukup air untuk minuman,masakan dan air basuhan.Pernah kita rasakan azab mencari air di tengah kegencaran perang di bumi Palestina,atau kedaifan hidup nun di Afrika?

Bukan sahaja pencemaran yang memusnahkan punca air bersih,bahkan taktik kotor peperangan jua membawa pada pabila Yahudi laknatullah menyekat bahkan meracun sumber air Palestin!

Must-Do List For Us
1)Sign petition on the banner below as a sign that we are aware on this subject matter…








Petitions by Change.org|Start a Petition »
2)Involve in various kind of fundraising activities ,especially for those who are in trouble due to war like Palestine or caused by natural disaster such as Pakistan which has limited access to clean water.

3)Awareness begins at home ! Start saving your water usage and spread the message to your family members and friends.

4)Instead of crapping on your facebook/twitter/blog, make use of it by writing something that create awareness and thoughtful in conjunction of Blog Action Day.



Blog Action Day 2010: Water from Blog Action Day on Vimeo.


5)Do it yourself,if you have fascinating ideas and willing to make it to become a reality.Life is too short to be wasted,so make it worthwhile for fighting for a cause.
Then which of the Blessings of your Lord will you both(jinn and men) deny?

This community service message is brought to you in conjunction of Blog Action Day.Khairunnas anfa'ahum linnas,the best person is the person who benefited the others

Al-Quran dan Kita...






Alhamdulillah bertemu kembali kita pada hari ini.. Mungkin agak terlewat coretan ana buat kali ini, ana susuli dengan himpunan pohonan ampunan dan maaf kepada antum antunna sekalian..

Alhamdulillah pada hari ini, ana masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit info yang diharapkan bermanfaat untuk diri ana serta sahabat-sahabat sekalian. Perihal yang sepatutnya sangat dekat dengan diri setiap individu muslim terutama bagi mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie.

Pada hari ini, inshaALLAH ana akan cuba mengupas perihal al-Quran dan kaitannya dengan ilmu sains dan teknologi yang ada pada waktu sekarang. Al-Quran telah diturunkan oleh ALLAH sejak 14 abad yang lalu kepada seluruh umat manusia sebagai kitab panduan; penyuluh jalan kebenaran yang membawa manusia mendampingi ALLAH yang Maha Esa sekaligus memansuhkan segala jalan-jalan kegelapan yang membawa manusia jauh dari jalan yang diredhai Nya.

Sesungguhnya sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia, sejak awal-awal penciptaannya di muka bumi ini, mereka tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memahami kejadian alam ini dari aspek Pencipta nya serta matlamat penghidupan manusia itu sendiri. Al-Quran telah menjadi pegangan bagi setiap muslim serta teras utama kepada agama Islam itu sendiri. Bagi setiap individu muslim yang beriman kepada kitab ALLAH, ia akan sentiasa meyakini bahawa setiap isi kandungan al-Quran akan sentiasa relevan untuk setiap zaman, keadaan, dan golongan manusia.


Dari UK Terbang Ke mALaysIA :)



bersua kembali kita setelah lama menghilangkan diri

semoga semuanya berada dalam keadaan sihat waalfiat

beserta

limpah kurnia Nya





sekarang masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing

rata-rata yang sedang sibuk bersiap-siap untuk berdepan dengan peperiksaan besar

bagi adik-adik yang bakal menduduki AS/A2 exam yang akan menghadirkan diri tak lama lagi, ana ucapkan "selamat berjaya"

studi elok2...

yang penting itu USAHA

kerana

ALLAH menilai sesuatu itu pada usaha seseorang itu

bukan pada hasilnya


Dalam da'wah juga sebegitu prinsipnya,

Allah tidak menilai berapa ramai boleh kita bawa orang lain untuk dekat pada Pencipta,

tapi

yang Allah pasti lihat adalah usaha kita yang bersungguh-sungguh,

komitmen kita mencapai matlamat,

dan

sudah pastinya istiqamah menjadi pengukur utama.

Allah tidak menilai berapa besarkah amalan kita, tapi yang dinilai adalah istiqamah dalam beramal, biarpun hanya kecil amalan itu nilainya, tapi dengan istiqamah, ianya besar sungguh disisi Allah!

Sinergi Untuk April Fool


Adakah saya sedang menggalakkan April Fool?

Tidak!Saya sedang ingin mengulas novel Sinergi.

Jika Kang Abik pakar novel cinta Islami a.k.a HAMKA moden,Faisal Tehrani terkenal dengan tema sejarah dan 'orang tertindas',tak silap jika saya mengatakan Hilal Asyraf sebati dengan tema ukhuwah.




Yang Klise
Saya memahami kegemaran beliau bermain dengan tema ukhuwah.Namun,jalan cerita novel-novel beliau hampir mudah diteka.Ukhuwah terjalin > Ukhuwah Diuji > Peleraian.Watak antagonis dalam novel beliau sering ditonjolkan sebagai orang yang mempunyai kepintaran/bakat , mempunyai sejarah hitam dengan watak protagonis  [tetapi tak semestinya menjadi kelemahan beliau] .

Yang Luar Biasa
Beliau bermula dengan novel 'jantan' VT,tanpa satu pun watak wanita.Cuba menyelitkan unsur thriller dan cinta dalam novel Terasing.Kini,novel Sinergi menggabungkan unsur keimanan,dakwah,thriller,cinta,ukhuwah, Jordan dan mahasiswa...secukup rasa!

Keimanan adalah Paksi
Novel ini telah berjaya mem'bumi'kan tagline di kulit depannya.Dengan bantuan latar kehidupan mahasiswa di Jordan telah banyak menunjukkan contoh-contoh realiti kehidupan berasaskan keimanan.Contoh yang dekat dengan kehidupan kita yang bergelar pelajar/mahasiswa.Di samping itu,beliau telah menunjukkan beberapa cara dakwah(dan juga perihal Baitul Muslim) yang efektif buat yang bergelar dai'e.








Lagu Outlandish yang terkandung dalam novel ini

Saya hampir menyangka watak Asid senasib dengan Fahri novel Ayat-Ayat Cinta,rupanya watak ini lebih dekat dengan watak Khairul Azzam novel Ketika Cinta Bertasbih.Satu lagi kemahiran Hilal bermain watak ialah beliau meng'hidup'kan kembali Ammar Zulkifli. Seperti dalam novel Terasing,Hilal juga bijak menimbulkan kejutan,kali ini menerusi watak Secret.


Rencah Yang Boleh Ditambah
Novel ini menjadi manual untuk pelajar yang berminat menyambung pelajaran ke Jordan.Di bahagian lampiran,anda akan menemui foto-foto tempat di Jordan yang terkandung dalam novel ini.Pada hemat saya, mungkin foto-foto ini lebih sesuai diletakkan di bahagian cerita itu sendiri untuk impak yang lebih buat pembaca(mungkin ini perlu kepada kreativiti editor,penulis dan pereka cetak novel)

Pengubat Mentaliti April Fool
Novel ini bukan sekadar melaungkan slogan 'Keimanan adalah Paksi' yang biasa-biasa sahaja.Ia memberi penawar kepada mentaliti cinta = seks ajaran lebai Hollywood dan dakwah = tabligh + ustaz fahaman masyarakat umum.Ia cuba membasmi mentaliti April Fool yang berpaksikan Barat.

Sekecil-kecil aspek kebersihan,hinggalah jalan dakwah dan tarbiyah...Sinergi telah lengkap menghubungkannya dengan 'Keimanan adalah Paksi'!

Terasing:Manusia Yang Bukan Malaikat


Takkan budak sekolah agama pun tak tahu benda simple ni...

Hmmm...ada je ustaz rogol anak dara orang,ustazah pun bersekedudukan

Apa pula pandangan anda,jika orang-orang ini ialah kawan rapat anda?

Novel Terasing:Pengubat Ukhuwah
11 tahun Saifullah terpisah dengan Zaman.11 tahun yang mengubah Saifullah dan Zaman.

Saifullah berjawatan pensyarah,Zaman belum pasti pekerjaannya.Tiba-tiba cubaan bunuh ke atas Saifullah mengheret diri dan keluarganya ke kancah jenayah kongsi gelap. Misteri kemunculan semula Zaman bersimpul cubaan-cubaan berbahaya ke atas Saifullah dan keluarga melorongkan mereka kepada kisah 2 insan,yang terasing...(nak tahu kena baca sendiri)

Jika Kang Abik begitu arif dalam tema cinta Islamik,Hilal Asyraf begitu sinonim dengan tema ukhuwah Islamiyah.

Manusia-Manusia Dalam Terasing
Saifullah,Senior,Zaman,Amiri dan Khairul dari rumpun pendidikan yang sama.Usai pengajian di MATRA, mereka membawa haluan masing-masing membentuk 4 watak manusia yang signifikan.

1)Saifullah & Senior
Manusia baik dan menjadi daie.Mereka percaya pada pendekatan hikmah,mengajak manusia mengenal Allah. Namun mereka diuji,adakah mereka mampu membugarkan ukhuwah yang terjalin antara mereka,Amiri dan Zaman ataupun berpisah dengan fahaman masing-masing.

2)Amiri
Seorang pendiam,namun sang strategis yang mengetuai unit perisikan khas negara.Dalam diam,beliau seorang yang tegas sesuai dengan peranan sebagai anggota unit pertahanan negara.Dalam diam tegas beliau,ada kelembutan yang mengejutkan anda dalam novel ini.

3)Zaman
Watak manusia baik tetapi keliru arah tuju,gara-gara cinta yang tak bersambut.Dalam patah hati,beliau dipulau rakan sendiri,sealiran menuntut ilmu agama dengan beliau di Maghribi.Sambil membawa hati yang lara, beliau bergabung dengan ketua kongsi gelap Jepun cawangan Malaysia yang genius,iaitu...

4)Khairul
Dia hanya muncul di hujung cerita,namun watak beliaulah punca Terasing ini bermula dan berakhir. Kesempatan menuntut di MATRA belum berupaya melorongkan hidayah ke hatinya,bahkan mencoret sejarah hitam antaranya dengan Saifullah.Bisakah ukhuwah meleraikannya?

Mereka Manusia Seperti Kita,Bukan Malaikat
Manusia dalam bahasa Arab dipanggil insan.Insan ialah kata yang terbit daripada kata nasiun > nis-yan yang bermaksud L.U.P.A

Status pelajar agama,budak sekolah agama tak menjadikan mereka maksum seperti Nabi dan suci seperti Malaikat.Mereka juga tergelincir,tertipu dengan nafsu dan syaitan sepertimana Saifullah & Senior yang terpedaya dengan Zaman,umpan dipasang oleh Khairul.

Apa tanggungjawab kita?Terus menjadi pemerhati sahaja?Kitalah yang membimbing mereka,menunjukkan jalan untuk mereka berubah.Jangan takut atau malu,kerana anda mampu mengubahnya!





Petua Blogging Bersama Ketika Cinta Bertasbih


Sesekali blog ini mahu lari daripada kebiasaan tulisan di sini.Bagi menyahut seruan kerajaan untuk membina bangsa membaca+debaran Pesta Buku 2010 tak lama lagi,kami akan mengulas novel Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El-Syirazy.


7 Petua KCB untuk Blogger
Sudah membaca novel ini,atau menonton filemnya?Bagaimana sebuah cerita jiwang cinta Islamik mempunyai impak terhadap blogger?

1)Tajuk Yang Simple & Memikat
Ketika Cinta Bertasbih(KCB),tajuk yang mudah apatah lagi aura perkataan C.I.N.T.A.Begitu juga dengan tajuk blog atau entri,perlu mudah dan paling penting memikat encik Google untuk mencari blog anda(SEO).

2)Pilih Tema Anda

Kang Abik bukan sahaja graduan Al-Azhar,bahkan berbakat dalam sastera.Anda tak pasti hendak blog mengenai apa?Tulislah apa-apa sahaja bak kata bro Rohaizad.Tulis apa yang anda minat dan tahu,seperti Kang Abik yang berjaya menghasilkan karya cinta Islamik moden dengan kepakarannya dalam bidang agama.Tak berbakat menulis?Anda boleh membina photoblog atau video blog.

3)Ilmu & Kemahiran Menjadi Bekal
Khairul Azzam pun bukan graduan Al-Azhar biasa-biasa.Ilmu agama untuk membimbing masyarakat  dan kemahiran bisnes bakso dan tempe menjadikan beliau seorang yang berjaya di mata masyarakat.Belajar mengurus kod html/plugin,paling penting belajar menghasilkan entri yang original(bukan copy & paste)dan bermanfaat untuk pembaca hatta blog anda sekadar diari harian anda macam Cikgu Ramlah seorang ni.

4)Disiplin+Strategi

Sesuai dengan namanya yang bermaksud 'Sebaik-baik Tekad',Khairul Azzam seorang yang disiplin dalam bisnesnya,bahkan berstrategi agar beroleh pangkat akademik yang optimum dalam keadaannya begitu sibuk untuk menyara keluarga di Indonesia.Berdisiplin dalam mengemas kini blog di samping berstrategi menambat hati pengunjung blog anda,nescaya anda akan menjadi blogger yang terkenal seperti Kujie2.com

5)Blogging Hidup Ialah Satu Ujian
Ingat tak betapa sukarnya laluan jodoh Khairul Azzam dalam KCB 2?Akur dengan ketentuan takdir,beliau tetap tidak berputus asa mencari jodoh tambahan pula untuk memenuhi keinginan ibunya yang ingin bermenantu. Menghadapi blogger's block,menerima komen spam & negatif ialah liku-liku hidup seorang blogger.Percayalah Allah itu Maha Adil dan anda akan nampak jalan penyelesaiannya.

6)...

7)...

Anda pernah baca novelnya?Jemput isi 2 point kosong di atas =)

School Holiday Special:Doa Untuk Pengantin
Sempena musim kenduri kahwin di sana-sini,kami bawakan doa pengantin yang ada dalam novel KCB didendangkan oleh Maher Zain...please sit back,relax and enjoy the song


Renungan:3 Mac Yang Berlalu


Assalamualaikum wbt..
(klik sini memperingati 3 Mac-kejatuhan Khilafah Uthmaniah)
********************************************************************

"happy birthday to u...
happy birthday to u...
happy birthday to *******..
happy birthday to u..."

selalu dengar orang menyanyikan lagu ini
dengan timbunan hadiah di kiri kanan meja
kek sebesar2 alam
lilin bertambah2...
wahhh banyak sungguh bajet yang
telah kita sanggup
belanjakan utk
menyambut 1hari yang dianggap spesel itu...


betulkah hari itu spesel?
kenapa perlu disambut secara besar-besaran
majlis itu pula
bercampur gaullah lelaki dan perempuan
tanpa batasan nya
islam kah anda jika anda merelakan perkara itu
terus berleluasa di depan mata anda
ataupun
anda sendiri antara golongan yang
menyambut hari lahir sedemikian rupa??


tak salah
menyambutnya
namun...
sepatutnya
ulang tahun kelahiran
adalah hari yang menjadi hari
untuk menambahkan lagi
meneguhkan lagi iman kita kepada ALLAH
kenapa??
kerana hari tersebut bertambah lagi la
angka dalam usia anda
sepatutnya anda semua merasakan
dunia ini makin ke belakang
dan
akhirat pula makin menghampiri kita


hilangkan perasaan yang
terlalu mencintai dunia
dan
kembali lah ke jalan ALLAH
dah la
kalau birthday, tiup2 lilin tu
ikut budaya agama lain...
MAHUkah kita makin jauh menghampiri ALLAH??
tidak kan?


sebenarnya di saat kelahiran kita,
semua nya telah berjanji
kita sanggup utk menunaikan tanggungjawab kita kepada ALLAH
1. sebagai khalifah
2.beibadat


bagi mereka yang tak sanggup
menanggungnya
itu lah kebarangkalian terjadinya kes keguguran
(wallahua'lam)

kita yang dah bersumpah setia
kepada ALLAH
ini
sepatutnya
apabila dilahirkan
buktikan lah kat ALLAH yang kita betul2
hamba yang taat
dan
hamba yang bersyukur
tolonglah agama ALLAH
agama suatu entiti yang telah menciptamu
yang telah memberikan mu segala
nikmat dalam kehidupan ini

dan
ingatlah...
jika kita tidak mahu menolong
agama ALLAH
ALLAH tak pernah rugi
kerana
jika bukan kita,
ALLAH akan replace kita
dengan kaum yang lain
siapa yang rugi??
ALLAH atau kita??

kenapa kita perlu
berlagak sombong
mendabikkan dada
sedangkan kita ini
hanyalah suatu "objek" yang dicipta ALLAH
kenapa kemudian harinya
setelah kita membesar
kita mula nak berlagak dengan Pencipta kita
sedangkan
bila2 masa sahaja Pencipta kita itu
mampu mencabut kembali
nyawa yang telah Dia pinjamkan kepada kita itu
jasad yang kita pinjam ini
akan kembali jua ke tanah..
tempat asal usul jasad ini...


adakah di saat itu
baru kita nak insaf??
nak mintak peluang lagi sekali utk berubah??

wallahua'alam

kita sendiri ada jawapan tu


berdakwah??
SUSAHLAH!!!


ok lah...
tapi tu janji kita pada ALLAH
tu tanggungjawab kita
takkan nak jadi seperti pinochio kot...
bila dah dicipta
kemudian diperelokkan
utk
menjadi "anak" yang baek
last2
menjadi patung yang lupakan tuannya
last2 dapat balasan yg buruk

tapi
tu cerita dongeng
kita tak nak la kan
atas kesalahan kita
ALLAH tak balas pun semua tu di dunia
ALLAH bagi kita chance buat dosa
sampai
akhirat kelak
kita lah yang paling rugi
kerana azab ALLAH teramatlah berat utk
manusia lemah seperti kita
ingatlah
orang yang berbuat jahat
yang memalingkan dada daripada ALLAH
namun
ALLAH tetap tidak memberikan
hukuman kepadamu...
ketahuilah bahawa azab ALLAH dia khirat kelak
teramatlah perit untukmu...
usahlah sehingga kita berbahagia
di tempat persinggahan yang hanya
bersifat sementara
kelak...
menderita di tempat yang dijanjikan ALLAH
kekal buat selama2 nya...


wallahua'lam


wassalam